Jumaat, 30 September 2011

GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU

HADIR DIRINYA DI ANTARA KITA..
MEMBUAI RASA PENEKANAN JIWA..
DIKAU BERUBAH SETELAH DIA TIBA..
MENGHANYUTKAN CINTA SUCI KITA..

WALAUPUN KINI DIKAU TIADA..
DAKU MELANGKAH MENGHARUNGINYA..
MELEPASKAN DIKAU KEKASIH DI JIWA..
SEMOGA KAU TETAP BERBAHGIA..

HATI INI WALAUPUN TELAH DI LUKAI..
NAMUN DIRI TABAH JUA MENGHADAPI..
DIKAU PERGI TINGGALKAN DAKU SENDIRI..
OH MENYEPI NAN SEBUAH HATI YANG LUKA INI..

KASIH & SAYANG TELAH BERSEMI..
KU MERATAPI SEHINGGA KINI..
CINTAI DIRINYA WALAU APA TERJADI..
JANGAN KAU HANCURI CINTA SUCI..

DENGARLAH SAYANG CORETAN HATI..
GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU..
SENYUMAN TAWAMU MASIH KU RINDU..
WALAU DIKAU TELAH LAMA PERGI..

*M.H.H.A.A..bkn mudah utk memadam kenangan..selagi masih ade nyawa,sy akn terus menyimpan semuanya wlpn awk xde lg disisi sy..

Jumaat, 23 September 2011

JGN TANGISI APA YG BKN MILIKMU

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Amat kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan–angan ini tenggelam perlahan–lahan.
Sungguh, semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum: iaitu harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asal itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenang.
Hakikat kegagalan adalah sesuatu yang memang bukan hak kita, yang telah ditetapkan oleh Nya.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti itu rezeki, jawatan dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ; 22-23)
Demikian juga bagi yang sedang gundah – gulana mengenai jodoh. Kadangkala kita tidak sedar dengan menyalahkan Allah tentang jodoh kita,bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita. Seakan kita yang menentukan segalanya..

Wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput dan telah hilang darimu. Apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini, haruslah boleh memberi harapan kepada kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup di akhirat kelak!
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Sabtu, 17 September 2011

Kusimpan Namanya di Sudut Hati

Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhaan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

WARKAH UNTUK SEORANG KEKASIH....M.H.H.A.A.

SAYANG…
... Sepi malam yang berlabuh bersama titis-titis embun membangkitkan sebuah kerinduan terhadapmu. Aku merasa terlalu damai bila teringatkan dirimu. Tak dapat aku kiaskan melalui kata-kata dan tak dapat nak kulakarkan dengan lukisan. Kedamaian yang terlalu indah jelas tersulam membentuk suatu jalinan kemesraan yang kukuh di antara engkau dan aku. Sayang, maafkanlah aku…sesungguhnya aku tidak mampu untuk mendendangkan sebuah senandung syair cinta untuk kupersembahkan kepadamu tetapi izinkanlah aku untuk cuba melahirkan sebuah bingkisan hati dalam suatu simfoni bahasa.

SAYANG…
Sebelum pelayaran bicara ini keteruskan, kupohonkan ribuan kemaafan dan keampunan darimu seandainya kehadiran bingkisan hatiku yang tidak diundang ini bisa mengocak tasik hatimu yang mungkin sedang diulit bahagia diketika ini. Bukan niatku untuk mengganggu emosi dan situasimu dikala ini tetapi oleh kerana desakan rindu yang sentiasa merintih pilu tidak mampu kutahan lagi maka, di sinilah akhirnya kutitipkan segala gelora rasa. Tiada kata-kata indah yang dapat kupuitiskan buatmu kerana aku bukanlah seorang madah pujangga yang bijak di dalam menyusun kata-kata.

SAYANG…
Dikedinginan malam yang sepi begini, aku diburu rasa resah. Deruan angin malam di pinggir jendela amat menyesakkan dadaku. Bayang wajahmu sentiasa bermain di ruang mataku. Aku tak mengerti…apakah itu tandanya aku semakin rindu padamu…? Sesungguhnya rindu itu datang tanpa dipaksa. Tapi…hadirnya kerana cinta. Makin kucuba melupakannya semakin ia mencengkam perasaanku. SAYANG… mengapa kau mengusikku dan memenuhi hatiku dengan debaran-debaran aneh begini? Apakah salah, bila perasaan ini hadir dalam diriku, sedangkan telah kutahu dirimu tidak mungkin kumiliki? Dulu kukira perkenalan ini tidak akan memercikkan api cinta yang setiap saat membakar perasaanku tapi rupa-rupanya aku silap…dalam diam kasih mula bersemi. Dari hari ke hari hati dan perasaanku semakin bertambah sayang padamu…

SAYANG…
Aku tidak tahu mengapa dikesepian ini sering mengajak aku untuk membayangkan kembali kemesraan sewaktu bersama denganmu. Aku bagaikan seorang buruan…diburu kerinduan semalam!! Ingin sekali kulari daripada memori indah semalam namun secepat itu juga ianya datang bagaikan ombak-ombak ganas yang melanda ke dada pantai dan jadilah aku pengemis rindu yang sentiasa mengharapkan kehadiran bayang wajahmu. Sesungguhnya,aku amat merinduimu…tak terdaya aku menahannya. Kehadiranmu memancarkan sinar harapan terhadapku. Percayalah…bahawa cintaku hanyalah untukmu. Jika dunia mengatakan cinta Shah Jehan kepada Mumtaz hingga terbinanya ‘Taj Mahal’ sebagai lambang keagungan cintanya, tapi kurasakan kasihku padamu lebih murni lagi biarpun tak mampu kubina ‘Taj Mahal’ buatmu namun kuserahkan nyawaku sebagai taruhannya.

SAYANG…
Dikala cengkerik malam mendodoikan lagu keresahannya, aku sering dibuai mimpi-mimpi indah bersama denganmu. Di pantai pertemuan itu kita saling bercerita tentang keindahan taman kasih yang kita bina. Di sini juga kita nyanyikan senandung suka dan duka sambil bergandingan tangan meniti titian mentari dikala ia mula menyembunyikan diri di balik garis horizon. Kita bersama memetik anggun kejora dan wangi asmara. Hingga malam menjelma kau masih dalam dakapanku. Penuh mesra. Setelah sinar rembulan mula kelihatan, kembali kita menyusuri pantai sambil kaki kita basah disimbahi ombak yang tidak pernah berhenti dari mengunjungi pantai yang setia menanti. Tetapi hampa, apabila pintu sedar dan jendela mata ini terbuka yang ada hanyalah imbasan bayang-bayangmu di balik sutera kamarku yang kelabu. Semuanya kaku dan bisu seperti juga hatiku yang sendu, dibelai angin rindu yang tak menentu.
SAYANG…
Pabila malam berinsut lesu, kerinduan tak pernah padam. Entah mengapa? Aku sendiri tidak mengerti. Apakah ini yang dinamakan cinta? Aku terdampar sepi, sendiri bak pelabuhan yang ditinggal pergi oleh kapal. Aku lemah dan tak berdaya tanpamu di sisi…Kaubagaikan debunga indah yang mekar berkembang di “Taman Puspawana”. Harum mewangi. Dalam kesepian ini, aku menjadi insan yang paling rindu. Rindu pada bayang yang tidak kunjung tiba hingga menjadikan aku seorang pemburu. Memburu jasad sekaligus memburu cinta dan hatimu. Pasti kaumengerti bukan, hatiku tidak mampu untuk mendustai cintaku terhadapmu. Lalu kugapai semalam untuk mencoretkan rindu buatmu. Ketahuilah sayang…di dasar hatiku ini hanya ada sayang dan rindu buatmu.

SAYANG…
Kuharapkan agar dirimu sudi menghulurkan seteguk kemanisan cinta buatku. Bebaskanlah aku dari belenggu rindu ini. Seandainya kau sudi menerima cintaku, kanku hadiahkan mutiara bahagia buatmu. Resah gelisah sentiasa melanda diri pabila ku mengingati dirimu. SAYANG…seandainya aku camar putih yang mengharung bebas di awangan pasti detik ini jua kuterbang ke sisimu melaungkan rasa kesepian yang bersarang dihatiku ini dan seandainya jua ku punyai sirip…ingin kubawa bersamamu sayang menyelami di dasar lautan rindu yang penuh dengan keasyikkan. Ketahuilah…bahawa cintaku bukan mainan. Aku adalah pencintamu yang setia dan rela mengiringi kehidupanmu. Sanggupkah ka umematahkan ranting permata yang sentiasa menyilaukan sinar kesetiaanku terhadapmu? Mengertilah, tak mungkin aku bersandiwara menyintaimu. Bagiku dirimu adalah segalanya dalam mengukir memori cinta kita selamanya.

SAYANG…
Sewaktu kamar sepi menyingkap tirai jendelanya, bertebaranlah haruman debunga rindu. Semakin mendayu resah di hujung kamar kalbu. Seiring ucapan belaian mesra diminda seakan terbayang wajahmu. SAYANG…hanya dirimu ku ingati kini. Dalam dakapan sunyi sepi, namamu sering meniti di bibirku. Sekilas kurenung kembali pohon cinta yang pernah bertunas di alam kasih dengan kerinduan yang tidak terucap oleh kata-kata. Sesungguhnya, rindu yang memburu hati ini…seringkali membawa kenangan waktu bersamamu. Sehingga setiap saat dan ketika wajahmu terlukis di ruang ingatanku. Sukar untukku padamkan. Apakan dayaku…betapa waktu ini aku ingin sekali membisikkan rasa sayang yang tidak pernah padam terhadapmu. Percayalah…sememangnya aku ikhlas dalam menyayangi dirimu…

SAYANG…
Nun jauh di kaki langit sana, ku lihat mentari seakan membentangkan perasaannya dengan melahirkan senja berwajah mesra. Betapa gerimis sepi yang bertebaran di kaki senja pun terhimpun lalu membentuk satu nostalgia yang terlalu indah untuk diangankan. Kucuba impikan kita berdua bersama melewati hari-hari yang penuh keindahan dan kemesraan di mana kita telah menyulam cinta dan terkadang pula menganyam rindu. Kita bersama menghirup titis-titis cinta sambil melakar sebuah lukisan kehidupan yang bakal dilalui dihari esok. Ahhh !! alangkah indahnya jika itu semua adalah kenyataan….bukannya suatu igauan. Ketahuilah sayang, sehingga ke saat ini titisan gerimis kehampaan masih terus bertandang menjadi sahabat setia menemani di birai hatiku dengan seribu persoalan yang tidak pernah terjawab bahkan masih setia berlegar. Mengapa dan kenapa aku terus merindui dan masih mengharapkan cinta darimu?

SAYANG…
Apabila kusebut namamu berulang kali seakan ada rindu yang menggetarkan. Sebagai bukti cintaku tidak lahir dari mata…tapi dari hati yang sukar ditafsirkan. Biarlah renung mataku saja yang menuturkan erti kasihku terhadapmu…kerana bibirku tidak rela menuturkan ungkapan yang hanya indah untuk didengar sahaja. Kasih sayang bukannya untuk dituturkan sepanjang waktu. Ianya terpancar dari kejernihan jiwa yang tidak pernah dikocak oleh rasa curiga. Siapapun tidak boleh memisahkan kasih sayang itu, kecuali masing-masing tidak mampu lagi menghargakan keindahannya…

SAYANG…
Di sini…segalanya sunyi dan sepi. Sekadar deru riak-riak ombak yang meminggir di pesisir pantai. Dalam waktu-waktu begini…aku cuba mengingati kembali disaat pertama kali kita bertemu. Pada waktu itu kulihat sinar matamu begitu redup dan lembut sekali. Meskipun lembut tetapi hujung hatiku tersentuh jua dengan jelinganmu. Sejak itu…perlahan-lahan mulalah aku membilang resah yang gugur di hujung senja…dan sepipun bertabur mengisi kamar hati sebelum mentari membakarnya dengan rindu yang semakin hangat. Ketahuilah sayang…selagi ombak mengejar pantai, selagi itulah kuntum-kuntum rinduku akan lahir dan berkembang di taman hati. Betapa, cintaku yang mendalam terhadapmu telah menjadikan aku seorang yang setia dalam penantian.

SAYANG…
Malam semakin larut bersama dingin embun dan sepi diniharinya. Dari itu aku menutup kata. Tiada gunanya aku banyak bicara seandainya tidak mampu untuk aku kotakan. Selautan kemaafan kupintakan darimu seandainya ada kekasaran bahasa dan keterlanjuran wadah bicara di sepanjang coretan hatiku ini. Akhir kata dariku;
“Tidak semua pertemuan itu berakhir dengan percintaan… Namun setiap percintaan itu adalah bermula hasil dari sebuah pertemuan… Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan… Dan perpisahan itu pula bukan bermakna berakhirnya… Sebuah percintaan…”

Isnin, 12 September 2011

mungkin sekadar mimpi

sejak kehadiran pnggilan misteri itu,aku sering trtye2 apkh ianya benar @ aku hy sekadar berillusi semata2?adkh kehadirannya skdr untuk mguji sekuat mana aku mampu brtahan utk hidup tnpa nya disisi...?
kdg2 aku jga mjd seorg penunggu setia pd yg x kunjung tb...& bile aku hmpir bjaya mlupakn sedikit demi sdikit,kau hadir brtya khbr brite...& ktika itu kau sememangnya tahu ht ku cukup goyah mndgr suara mu..bgtu jga dgn kau...adkh kite sedang mnjd mangsa keadaan?

Sabtu, 10 September 2011

rindu...

rindu?ape mknenye rindu itu?rindu yg sering hadir menemani airmata x prnh mgire waktu,xprnh mgira dimana tmpat,ia akn sntisa setia menemani seolah2 sudah brjnji sehidup semati...
apakh ade mnusia brpasangan yg akn setia brjnji begitu?
1 waktu dulu aku juga mengimpikn psngan yg akn kekal menemani ku sma sprti airmata yg stia mnemani rindu...tp tkdir allah mngatasi sgla2nya...tpksa ku lpskn tnpa kerelaan...skiranya kau tahu betapa aku merindui saat2 manis kite bsma,pstinya kau akn mgrti betapa brmknanya kau dlm hidupku selama ini...seolah2 ianya brlaku hy sekelip mata disaat aku masih blm bsedia khlngnmu buat slamanya..

mgpa kau prgi..disaat ku mula mcntaimu..bharap engkau jd kksih htku,malah kau prgi jauh dr hidupku..
mnyndri lg,dsaat kau tgglkn diriku prgi..xprnh ada yg mghiasi hariku..dsaat aku trbgun dr tdurku..aku inginkan dirimu,dtg & temui aku..kn ku katakn pdmu..aku sgt mncintai dirimu..